Tuesday, May 31

Pos Istimewa

Hari ini saya akan menggunakan BM untuk menulis pos sebagaimana yang saya sedang lakukan. Minta maaf banyak-banyak jika terdapat banyak kesalahan. Apa alasan saya menulis dengan BM? Sebab saya telah belajar BM sejak peringkat sekolah rendah sehingga sekolar menengah kira-kira 11 tahun. Jika saya tidak menggunakan apabila boleh, ilmu bahasa ini akan diabaikan. Saya hanya berpeluang menggunakan bahasa Malaysia apabila saya berbual dengan kawan-kawan sekolah menengah saya, cikgu-cikgu dan kadang-kadang dengan rawaknya. Okay, biar saya meneruskan dengan pos saya :D

Kelas hari ini kat kolej agak membosankan. Adanya kawan yang tertidur juga. Adanya kawan yang memancing ikan menggunakan kepala. Adanya kawan yang fikirannya melayang-layang.
Kawan saya yang tertidur nyenyak kat kelas

Kelas hari ini bermula dari 8 pagi sehingga 2 petang. Tetapi biasanya kelas terakhir akan berakhir kira-kira 1.30 petang. Selepas kelas, saya dengan 4 ekor lelaki lain makan kat kedai vegetarian berhampiran kolej. Sepatutnya kita diajar supaya tidak bercakap semasa makan tetapi jika tidak bercakap untuk mewujudkan topik perbualan, maknanya suasana ketika itu akan senyap-sepi kan? Maka, frasa tersebut patut ditukar kepada "tidak boleh bercakap dengan mulut yang penuh semasa makan". Betul?
Makan gembira, berbual gembira ;)
Yang terakhirnya kat pos ini, berikutnya merupakan saat-saat yang saya rindukan.


Terima kasih kerana habis membaca pos ini dengan banyak kesabaran. :)

UPA (untuk pendapat anda), saya telah menggunakan Google Translate untuk menterjemahkan beberapa perkataan yang saya tidak pasti. Pos ini telah memakan 30 minit masa saya. Hahaha!

No comments: